Home » » Ibrahim Ali di timpa bala dek mulut celuparnya dakwa almarhum Nik Aziz gagal dalam segala hal

Ibrahim Ali di timpa bala dek mulut celuparnya dakwa almarhum Nik Aziz gagal dalam segala hal

Posted by Viral News on Friday, 13 February 2015

Seluruh negara tanpa mengira latar belakang hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun Datuk Ibrahim Ali menggunakan pendekatan berbeza.

Di sebalik ucapan takziah, presiden Perkasa itu mendakwa allahyarham gagal membangunkan Kelantan dan tidak berjaya melaksanakan hudud di negeri itu.

“Kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB lebih 20 tahun.

“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan selama ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang,” katanya menerusi status Facebook yang sudah dipadamkan.

Ibrahim berkata menjadi harapannya agar rakyat Kelantan selepas ini memilih pemimpin tidak berdasarkan pandangan luaran tetapi nilai yang ada pada seseorang pemimpin itu.
“Biarlah satu sejarah sudah berlalu dan rakyat Kelantan tidak lagi memuja pemimpin retorik, alim tetapi yang berwawasan serta akhlak mulia,” katanya.

Kenyataan yang dipadamkan 12.30 tengahari tadi itu diganti dengan ucapan takziah yang lebih sopan dan beradab.

“Salam takziah pada keluarga arwah, sama-sama kita berdoa semoga roh YB Dato Nik Aziz ditempatkan di kalangan para solihin oleh Allah di alam barzakh,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, pengguna Facebook tetap melemparkan kritikan kepada Ibrahim kerana tidak menghormati pemergian allahyarham di saat seluruh negara mengambil pendekatan sebaliknya.

“Dah padam ke makian kau tadi? Dasar katak kau ni. Melompat je kerjanya,” kata Axixal Kazikizikata di laman Facebook Ibrahim.
“Memang peninglah datuk ni. Pergi makan ubat la… Putar alam… Pembelit.. Pembaris.. Lompat parti.. Lompat katak semua bagi kat datuk la,” kata Tengku Khairul Tengku Saleh di laman sama.

“ Tak payahlah padam statement tadi tu. Berjuta orang dah print screen. Lain kali fikir dulu sebelum tulis,” kata Nur Faezah di laman itu.

Kecaman terhadap Ibrahim berterusan dan setakat 3 petang ini lebih 200 komen mengkritik Ibrahim atas kebiadapan komennya sebelum ini.

Turut hadir pada solat akhir bagi tokoh ulama itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau tiba sejurus selepas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan ramai pemimpin PAS yang lain kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Di antara yang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang kelihatan memberi penghormatan bagi menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad juga hadir di samping pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Hadir sama menyertai puluhan ribu umat Islam yang lain adalah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel.

Ketika semua pihak memandang wajah allahyarham buat kali terakhir secara bergilir-gilir, surah Al-Fatihah dibacakan tanpa henti.

Kelihatan hadir menziarahi jenazah Nik Aziz adalah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.Orang ramai yang datang menziarahi terpaksa jalan kaki lebih dua kilometer kerana jalan ditutup untuk memudahkan pergerakan, lapor The Malaysian Insider.

Enam buah bas ulang-alik disediakan di Stadium Sultan Mohamad untuk membawa orang ramai ke Pulau Melaka untuk menziarahi jenazah.

Lihat lagi di sini


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Blog Archive